Penasihat Ayatollah Ali Khamenei Meninggal Kerana Covid-19

Penasihat Ayatollah Ali Khamenei Meninggal Kerana Covid-19

Covid-19 iran
Seorang penasihat kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei telah meninggal dunia di hospital Tehran selepas diserang coronavirus, radio Iran melapurkan pada hari Isnin.

Syed Mohammad Mirmohammadi, 71, adalah ahli Majlis Kesejahteraan yang menasihatkan Ayatollah Ali Khamenei.


Juga di kalangan pegawai tertinggi Iran yang dijangkiti Coronavirus adalah Iraj Harirchi, Timbalan Menteri Kesihatan dan juga ketua pasukan petugas kerajaan Iran mengenai coronavirus yang cuba meremehkan virus sebelum jatuh sakit. Pesakit berprofil tinggi lain termasuk Wakil Presiden untuk wanita dan urusan keluarga Masoumeh Ebtekar, lebih dikenali sebagai 'Sister Mary'.

Dua orang MP, seorang dari Tehran dan seorang dari Qom kini juga dijangkiti Coronavirus.


Pada hari Jumaat, duta pertama Iran Ke Vatican, Hadi Khosroshasi juga ulama terkenal, 81 meninggal dunia kerana coronovirus.

Pemimpin tertinggi Iran meremehkan Coronavirus sebagai propaganda musuh untuk menjatuhkan mereka. Akibatnya tidak ada protocol tertentu menasihatkan rakyatnya yang mendapat gejala Coronavirus.

Coronavirus di Iran bermula dari bandar Qom, 140 km diselatan Tehran dikatakan dari pekerja Cina.


Setiap tahun 20 juta orang mengunjungi bandar Qom yang dianggap suci kerana disini terletak maqam Fathimah Binti Imam Musa Al Kadhim (lahir 799, meninggal 816) dari keturunan Saidina Ali ra/ Fathimah Binti Nabi Muhammad saw yang dianggap maksum. Ia juga kerana bandar ini merupakan bandar ilmu dan kesarjanaan Syiah terbesar didalam dunia.

Selain dari Qom, bandar Mashhad adalah juga bandar suci yang terdapat banyak jangkitan. 345,000 orang melawat bandar ini setiap tahun. Disini terdapat maqam Imam Ali Bin Musa al-Ridha (766-818), abang kepada Fathimah Binti Musa, imam Ke lapan dalam mazhab Syiah Imamiyyah Iran juga dianggap maksum (infallible).

Iran masih enggan menutup kedua dua bandar suci ini.


Pengunjung yang dijangkiti Coronavirus membawa pula jangkitan keseluruh Iran dan negara negara Teluk.

Iran kini mengalami kadar kematian tertinggi dari Coronavirus diluar Cina dengan kadar kematian sebanyak 5.5% mengikut kiraan saya dari angka rasmi. Kadar purata kematian di seluruh dunia sekarang adalah 3.4%.

Saintis dari University of Toronto and Dalla Lana School of Public Health mengatakan jangkitan di Iran sekitar 23,000. Sumber dari pihak kesihatan Iran sendiri yang diperolihi oleh BBC mengatakan kematian 210. Iran mengatakan jangkitan adalah 978 dengan kematian 54.

Cina kini telah menghantar pakar kesihatan mereka untuk membantu Iran.


Jangkitan coronavirus diseluruh dunia sekarang adalah 89,234 dengan kematian 3,041 orang. Jangkitan SARS selama 8 bulan 2002-2003 adalah 8,098 dengan kematian 774 orang.

Article Asal: Facebook Johari Salim

Lihat Harga Buy Back Emas di Website kami.

Indonesia bebas dari COVID-19, ini jawabannya.

Indonesia bebas dari COVID-19, ini jawabannya.

COVID-19 Indonesia
Setiap outbreak apabila menjadi parah dan berjangkit dikalangan masyarakat mustahil dapat disembunyikan seperti yang berlaku di Iran. Sebenarnya Indonesia mempunyai protocol yang sangat ketat tentang virus surveillance ini sudah sangat lama sejak 2013. Mereka sudah mengesan virus MERS yang berasal dari timur tengah. Ini adalah kerana mereka merupakan antara negara tertinggi didunia jemaah haji pergi Ke Makkah seramai 1.4 juta setahun. Semua jemaah Haji akan di screen semasa pulang.

Indonesia mempunyai tiga makmal yang mampu menguji virus COVID-19, dua di Jakarta, ibu kotanya dan satu di Surabaya, kota kedua terbesar di Indonesia, di Jawa Timur. Makmal boleh menguji 1,200 sampel sehari semuanya menggunakan mesin RT-PCR sama macam di USA.

Di seluruh negara, 100 hospital telah ditetapkan sebagai pusat untuk mengendalikan kes-kes suspek novel coronavirus.


Saya mengatakan tidak ada negara didunia ini yang lebih prihatin tentang virus sejak 2013 sebagai perkara routine dengan kakitangan perubatan terlatih tentang hal ini. Ini diakui oleh WHO sendiri, mengikut Wakilnya di Indonesia Dr Navaratnasamy Paranietharan.

Tidak ada virus tidak ada virus bukan saja Indonesia malah banyak lagi negara di dunia. India dengan 1.3 billion penduduk cuma ada 3 jangkitan, semua sudah sembuh. Russia disebelah Cina cuma 2 kes walhal penduduk 144.5 juta.

Saya nampak satu sebab Utama. Kita hanyalah menutup pelancung dari Hubei, tetapi Indonesia seperti Korea Utara, menutup SEMUA pelancung Cina tidak kira dari mana mana wilayah. sejak 5/2— tiada pengeculian, malah semua penerbangan Ke Cina atau dari sana dibatalkan.

COVID-19 Indonesia
Pegawai Imigrasi memeriksa tahap kesehatan penumpang

Kedua diseluruh Indonesia menggalakkan doa dan kemestian Qunut Nazilah dibaca diwaktu subuh. Virus dari Allah swt maka kepadanya kembali semua urusan DISAMPING kita berikhtiar.

Bukan tiada yang tiada symptom tetapi semua negative malah 285 penduduk nya yang sudah pulang dari Wuhan. Ada 30 pekerja cina baru pulang dari Cina kerja di Sulawesi tiada juga virus setelah diuji.

Bukan kita sahaja malah menteri kesihatannya Dr Terawan Agus Puranto sendiri hairan tiada kes positif beliau mengatakan kerana doa dan


“Rahmat dari Yang Maha Kuasa”.

Rahmat Allah swt itu dimana mana maka diberikan kepada siapa Dia pilih. Kita tidak tahu. Bukan semua tentera Abrahah yang menyerang Kaabah dibunuh burung ababil dari kerikil batu yang dilontarkanya kepada mereka. Tentera yang ikut kerana dipaksa oleh Abrahah tanpa kerelaan seorang pun tidak kena.

Bagaimana burung boleh tahu dalam barisan tentera yang rapat begitu? Tidak logic bukan?


Nah... dari Allah swt jua.....sebab itu surah Al Fil (bermakna Gajah) tentang serangan tentera Bergajah Abrahah dimulakan dengan;

Tidakkah kamu MELIHAT (bermakna memikirkan) termasuk kisah (ini kita kena lah baca sejarah asal) dimana juga tentera yang tidak kena kerikil kerana kehendak Allah jua..bukan semua tembus badannya seperti daun yang dimakan ulat.. (فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ )

Peristiwa ini berlaku pada tahun 571, tahun kelahirannya Rasullulah saw di Makkah dan pertama kali orang Arab Makkah melihat gajah Afrika (ini bukan gajah dari Siam) yang dibawa oleh Abrahah Ke Sana’a, Yemen tempat dia buat juga binaan macam Kaabah sebagai saingan kaabah diMakkah dan dia mahu orang arab kesana untuk ibadat ( masa jahiliyyah) dan berdagang.

Sebab itu tahun kelahirannya Rasullulah saw kita juga panggil TAHUN GAJAH.


Read Quran— a FINAL REVELATION dari Allah swt. dimana peristiwa yang berlaku dizaman dahulu akan tetap juga berlaku kepada manusia hingga hari qiamat Al Kubra dalam bentuk yang mungkin berbeda seperti virus 🦠 hari ini...dan ada manusia yang Allah swt selamatkan dari bencananya.

Artikel Asal: Facebook Johari Salim

Follow Harga Buy Back Terkini di Website Kami setiap Hari Disini
Follow Personal Facebook Kami Disini
Follow Fan Page Kami Disini.

Menerima Anugerah Di Temani Ibunya Yang Bukan Islam

Menerima Anugerah Di Temani Ibunya Yang Bukan Islam

Menerima Anugerah
Kehadiran seorang wanita bukan Islam menemani anaknya orang kurang upaya (OKU) naik ke pentas menerima Sijil Asas Tahfiz pada majlis Konvokesyen Darul Quran, di sini, hari ini, menarik perhatian hadirin yang memenuhi dewan.

Ang Bee Cheng, 48, menemani anaknya, Tan Mike Foong, 23, seorang mualaf yang berjaya menamatkan Sijil Asas Tahfiz selama setahun di Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kuala Kubu.

Mike Foong berjaya menghafaz 10 juzuk al-Quran walaupun bermasalah penglihatan sejak dilahirkan.

Menggunakan braille sebagai medium pembelajaran, beliau kini meneruskan pengajian peringkat Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat yang disyaratkan menghafaz kesemua 30 juzuk al-Quran dalam tempoh tiga tahun.

“Insya-Allah, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menamatkan pengajian peringkat diploma dan sebagai manusia biasa, cita-cita melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah memang ada dalam sanubari,” katanya.

Mike Foong adalah seorang daripada 601 graduan Darul Quran yang menerima sijil dan diploma pada majlis Konvokesyen Darul Quran Ke-28.

Penganugerahan sijil dan diplomadi sempurnakan Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Seramai tujuh pelajar kategori mualaf dan etnik pribumi termasuk Kagayan, Dusun, Melanau dan Murut dari Sabah dan Sarawak menerima sijil masing-masing.

Bagi Bee Cheng, walaupun berbeza agama, ia bukan halangan kepadanya untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak sulung daripada tiga beradik itu.

“Kasih sayang saya pada Mike Foong tidak pernah hilang, dan saya juga akan memastikan makan minumnya adalah halal.

“Sebenarnya saya hanya mengetahui Mike memeluk Islam selepas setahun setengah beliau mengucap dua kalimah syahadah, sebelum memilih melanjutkan pengajian ke Darul Quran,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Nordin berharap pelajar mualaf berkenaan akan menjadi ‘duta Rahmatan Lil Alamin’ (rahmat sekalian alam) kepada kelompok masyarakat mereka.

“Kita harap pada masa depan, lebih ramai kelompok masyarakat mereka yang menjadi ‘hamalatul Quran’ (pembawa al-Quran),” katanya.

Berita Asal yang Kami Petik: Berita Harian Online

Jual Beli Emas Harga Kilang Klik Disini
Jom! Buat Trading Emas Under Community Klik Disini

Adnan Abdullah Bersama Isteri kembara Haji ke Mekah 12,554Km

Adnan Abdullah Bersama Isteri kembara Haji ke Mekah 12,554Km


Kembara Haji
Pasangan warga emas Adnan Abdullah (66 tahun) dan isteri Hadibah Idris (64 tahun) yang travel dari Shah Alam ke Mekah dengan memandu modified Camper (Ford Ranger yang diubahsuai) untuk menunaikan HAJI.. Kedua2nya adalah pesara Lecturer, memandu sejauh 12,554km dan melalui 8 negara...dah bertolak semenjak 2 Mei yang lepas. Lepas musim Haji, mereka akan ke North Africa dan Europe

Menurut wawancara eksklusif oleh New Straits Times, pasangan itu telah memacu purata 500km sehari dalam tempoh tiga bulan yang lalu, di seluruh negara seperti Thailand, Myanmar, India, Nepal, dan Pakistan.

kembara haji


Pengangkutan yang mereka guna untuk ekspedisi ini adalah Ford Ranger 2.5 WLT yang diubahsuai, yang mendapat galakan oleh lima anak mereka. Ayat dari Surah Al-Haj menggalakkan umat Islam membuat haji haji walaupun ia sukar.


"Ramai orang bertanya kepada saya, kenapa tidak mengambil penerbangan untuk memilih pergi haji?? Jawaban saya kepada mereka: Saya lebih suka melakukan perjalanan dengan cara yang sukar," kata Adnan, 66 tahun.


Adnan membawa reka bentuk dan pembinaan sebuah kabin dengan katil, dapur kecil, dan ruang duduk ke dalam empat roda. Anak lelaki pasangan Syrrusilah ini direka sistem tenaga suria yang digunakan untuk beberapa peralatan karavan.

"Saya sentiasa mempercayai pemuliharaan tenaga dan sumber. Itulah cara yang sepatutnya," jelas Adnan.


kembara haji

Sementara pasangan itu terus melakukan perjalanan, sedangkan anak-anak mereka memberikan sokongan penus perjalanan mereka - anak perempuan mereka Syrrulfarah dan Syrrushaqwa mengendalikan hal Dokumen dan kewangan perjalanan mereka, serta untuk mengemaskini pihak berkuasa yang berkaitan apabila diperlukan.

Untuk memasak mereka lebih suka yang sederhana apa yang ada dalam kabin pacuan empat roda mereka


Apabila mereka mengembara semasa Ramadan, pasangan itu sering terlalu letih untuk menyediakan makanan selepas memandu sepanjang hari.

 "Kami banyak kehilangan berat badan berhari-hari kami bergantung makan hanya serunding dan roti untuk berpuasa dan sahur," kata Hadibah yang berusia 64 tahun kepada New Straits Times.

kembara haji


Pasangan itu mengekalkan pacuan empat roda sendiri dan memeriksa tekanan tayarnya setiap hari. Pada waktu malam, mereka tidur di hotel atau kem di tempat yang ditetapkan.

Ada juga hari, mereka terpaksa tinggal di balai polis dan kem tentera kerana alasan keselamatan.


Sebagai persediaan untuk kecemasan perubatan atau kecemasan kesihatan, terdapat kotak alat di dalam kenderaan dengan banyak ubat dari anak mereka, Syrrunnaja, yang merupakan seorang doktor.
 

kembara haji


"Projek keluarga" telah bertahun-tahun mereka memikirkannya, namun sebelum ini mereka tidak dapat pergi memadangkan mereka harus membesarkan 5 orang anak.


"Perjalanan ini adalah untuk mengimbangi semua tahun yang mencabar mengimbangi keluarga dan kehidupan kerja," kata Adnan dalam temu bual dengan New Straits Times.

kembara haji


Di atas pengembaraan sekali dalam seumur hidup, melaksanakan Haji adalah "impian seumur meraka" untuk pasangan. Bagaimanapun, anak perempuan mereka memberitahu Sayang bahawa visa haji tidak berjaya.

Anaknya mengatakan bahawa mereka mengetahui tentang permohonan visa di tolak, dibuat melalui Tabung Haji, pada bulan Jun.

Namun pasangan ini terus berharap kepada yang terlibat untuk memberikan mereka kelonggaran.


kembara haji

Jika mereka tiba di tanah suci pada bulan Ogos nanti, Adnan dan Hadibah telah mengembara sejauh 12,554km di lapan negara.


Selepas pulang dari Makkah, pasangan itu merancang untuk meneruskan perjalanan ke Baitulmaqdis, utara Afrika, dan Eropah.

Berita ini kami petih daripada: Says.com
Jangan lupa jual beli emas yang kami offer. Buybackemas.my