Penasihat Ayatollah Ali Khamenei Meninggal Kerana Covid-19

Covid-19 iran
Seorang penasihat kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei telah meninggal dunia di hospital Tehran selepas diserang coronavirus, radio Iran melapurkan pada hari Isnin.

Syed Mohammad Mirmohammadi, 71, adalah ahli Majlis Kesejahteraan yang menasihatkan Ayatollah Ali Khamenei.


Juga di kalangan pegawai tertinggi Iran yang dijangkiti Coronavirus adalah Iraj Harirchi, Timbalan Menteri Kesihatan dan juga ketua pasukan petugas kerajaan Iran mengenai coronavirus yang cuba meremehkan virus sebelum jatuh sakit. Pesakit berprofil tinggi lain termasuk Wakil Presiden untuk wanita dan urusan keluarga Masoumeh Ebtekar, lebih dikenali sebagai 'Sister Mary'.

Dua orang MP, seorang dari Tehran dan seorang dari Qom kini juga dijangkiti Coronavirus.


Pada hari Jumaat, duta pertama Iran Ke Vatican, Hadi Khosroshasi juga ulama terkenal, 81 meninggal dunia kerana coronovirus.

Pemimpin tertinggi Iran meremehkan Coronavirus sebagai propaganda musuh untuk menjatuhkan mereka. Akibatnya tidak ada protocol tertentu menasihatkan rakyatnya yang mendapat gejala Coronavirus.

Coronavirus di Iran bermula dari bandar Qom, 140 km diselatan Tehran dikatakan dari pekerja Cina.


Setiap tahun 20 juta orang mengunjungi bandar Qom yang dianggap suci kerana disini terletak maqam Fathimah Binti Imam Musa Al Kadhim (lahir 799, meninggal 816) dari keturunan Saidina Ali ra/ Fathimah Binti Nabi Muhammad saw yang dianggap maksum. Ia juga kerana bandar ini merupakan bandar ilmu dan kesarjanaan Syiah terbesar didalam dunia.

Selain dari Qom, bandar Mashhad adalah juga bandar suci yang terdapat banyak jangkitan. 345,000 orang melawat bandar ini setiap tahun. Disini terdapat maqam Imam Ali Bin Musa al-Ridha (766-818), abang kepada Fathimah Binti Musa, imam Ke lapan dalam mazhab Syiah Imamiyyah Iran juga dianggap maksum (infallible).

Iran masih enggan menutup kedua dua bandar suci ini.


Pengunjung yang dijangkiti Coronavirus membawa pula jangkitan keseluruh Iran dan negara negara Teluk.

Iran kini mengalami kadar kematian tertinggi dari Coronavirus diluar Cina dengan kadar kematian sebanyak 5.5% mengikut kiraan saya dari angka rasmi. Kadar purata kematian di seluruh dunia sekarang adalah 3.4%.

Saintis dari University of Toronto and Dalla Lana School of Public Health mengatakan jangkitan di Iran sekitar 23,000. Sumber dari pihak kesihatan Iran sendiri yang diperolihi oleh BBC mengatakan kematian 210. Iran mengatakan jangkitan adalah 978 dengan kematian 54.

Cina kini telah menghantar pakar kesihatan mereka untuk membantu Iran.


Jangkitan coronavirus diseluruh dunia sekarang adalah 89,234 dengan kematian 3,041 orang. Jangkitan SARS selama 8 bulan 2002-2003 adalah 8,098 dengan kematian 774 orang.

Article Asal: Facebook Johari Salim

Lihat Harga Buy Back Emas di Website kami.