Update Terkini Harga Emas 916 Hari Ini Di Malaysia

Harga Emas 916

Harga emas 916 di Malaysia yang kami update berdasarkan harga daripada harga kedai Emas dan harga firma-firma seperti Ar-rahnu dan juga harga Buy Back Emas (belian semula) yang kami rujuk beberapa tempat di Malaysia.



Harga Emas di Kedai Emas

Harga emas baru di kedai emas ianya tidak selari diantara penjual kedai A mahupun kedai B, kerana harga emas bukan harga kawalan daripda Kerajaan Malaysia, terpulang pada masing-masing penjual mahu letak harga based on keuntungan masing-masing

Namun ada kedai emas sangat masyhur di Malaysia seperti "Kedai Emas Tanah Merah, Kedai Emas di Shah Alam, Kedai Emas di Pilah" seperti mana yang sedang viral di gorup-group emas dalam Facebook. Ada yang menyatakan emas mereka jual murah, rajin-rajin la servay. 

Ada satu rahasia yang ingin kami kongsikan kepada anda hari ini, tentang perkiraan modal kedai emas bila mereka restock daripada Kilang, ini tertakluk kepada emas baru ye!

Tarikh atau masa perkiraan ini (13 Oct 2020 02:37pm). Based Index: 9686 

Cara Perkiraan: 

Index / 37.8 * 0.93 =RM238.30/g (emas 916)

Upah: mengikut design, jika emas tersebut design cantik maka harga upah lebih tinggi. Ada juga upah sebutir cincin baru dalam RM40.00 dan ada juga upah seperti Pulut Dakap segram RM9.00. Harga total index tadi harus dibahagikan dengan upah (RM238.30 + RM9.00 =RM247.30/g). Ini adalah perkiraan modal barang Restock di Kedai Emas. Ada kedai yang markup sehingga RM20/g ada yang sampai RM30/g mengikut kos yang di tanggung oleh kedai tersebut.

Adapun Kedai yang menjual harga lebih murah daripada perkiraan diatas bermakna emas yang di jual bukan emas baru atau emas preloved yang dicelup semula atau strategi marketing untuk menarik pelanggan, maybe mereka buat promosi dalam masa 2 hari untuk menarik crowd.


Harga Emas di Pajak Gadai Ar-Rahnu

Pajak Gadai Ar-Rahnu di Malaysia sebenarnya ada banyak Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Agro Bank, Ar-Rahnu Pos, Ar-Rahnu Yapeim, Ar-Rahnu Kojuta, Etc. Tentang harga pun berlainan diatara mereka.

Harga Gadaian Ar-Rahnu Xchange

Harga Ar-Rahnu Agro Bank

Kami tidak dapat sumber harga untuk Ar-Rahnu yang lain-lain. Mungkin boleh follow Facebook mereka dapatkan update harga setiap hari.

Jangan Lupa Follow Harga Buy Back Emas Liverate di Website kami setiap hari.

www.buybackemas.my