Tahukah anda: 5,500 tan Emas didagangkan sehari

Dagangan Em,as

Matawang kita semakin menjunam? Tahukah anda: 5,500 tan Emas didagangkan sehari! Setiap hari, sejumlah 5,500 tan metrik ( $212B ) emas diniagakan di London , menjadikannya pasaran terbesar borong emas "over the counter" (OTC) utk emas di dunia. Dari satu sudut, lebih banyak emas didagangkan di London setiap hari berbanding jumlah emas fizikal yg disimpan di Fort Knox ( 4176 tan metrik).

Fort Knox adalah salah satu lokasi simpanan emas fizikal dunia selain dari New York Federal Reserve. Pada satu-satu masa jumlah emas yg didagangkan menhampiri jumlah rizab emas AS ( 8,133.5 tan ) boleh bertukar tangan.

Bagaimana ini boleh berlaku?

PERNAH TAK DENGAR PERKATAAN LONDON GOLD MARKET?

LONDON GOLD MARKET adalah pasaran terbesar borong emas "over the counter" (OTC) utk emas di dunia. Pasaran London berfungsi sebagai penentu utk harga spot emas di seluruh dunia disamping lokasi kepada "London Bullion Market Association" (LBMA) dan juga harga lelongan emas harian.


Jumlah Dagangan Emas

Jumlah dagangan emas harian London = 5,500 tan Jumlah hasil perlombongan emas harian dunia = 9 tan

Pelik tak nilai diatas? Kalau masih tak faham, cuba baca berulang kali. Jumlah dagangan emas harian di London adalah 600 kali lebih banyak berbanding dgn jumlah hasil lombongan emas dunia dalam sehari!

Soalan : Bagaimana sejumlah 5,500 tan sehari atau 2,007,500 tan emas setahun didagangkan di London sedangkan emas fizikal yg dilombong seluruh dunia hanyalah sekitar 9 tan sehari atau 3,285 tan setahun???? Emas yg didagangkan melebihi emas yg dilombong! Rasa2 apa jawapannya?

Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Jawapan: Sebenarnya dagangan emas di London hanyalah bersandarkan atau berdasarkan kertas yg tak berguna atau nombor-nombor digital di komputer! Kita lebih percayakan no digital atau kertas-kertas dan memberi lebih perasaan percaya kepada sesuatu yg bukan diatas tempatnya! Sistem ini PASTI AKAN RUNTUH secara perlahan atau tiba-tiba.. Rasulullah SAW dah bagi hint lebih 1400 tahun yg lalu