Harga emas dijangka terus melonjak minggu depan

Harga emas dijangka terus melonjak minggu depan dibulan April dan Mei, ekoran beberapa hari minggu sebelumya harga emas didapati naik secara mendadak, dimana harga yang direkodkan tertinggi dalam sejarah kenaikan harga emas.



Menurut Sumber dari Berita Harian; "Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan dalam persekitaran sentimen bercampur-campur dalam pasaran global, kata penganalisis".

Menurut Tan Kien Kiong, Pengsas Philip Future Sdn Bhd. Berakata,pakej rangsangan ekonomi yang besar dan ketidakpastian pelabur mengenai hala tuju akan menyebabkan minat mereka beralih kepada emas sebagai pelaburan selamat dalam jangkaan persekitaran kadar faedah yang rendah.

Selain itu, pasaran emas Bursa Malaysia dijangka dipengaruhi oleh pergerakan emas COMEX dan permintaan terhadap dolar Amerika Syarikat (AS).



Dalam sesi dagangan minggu ini, niaga hadapan emas tempatan kebanyakannya tidak diniagakan berikutan kekurangan minat belian tetapi ditutup dua peratus lebih tinggi pada Jumaat.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, bulan semasa April 2020 dan Mei 2020, masing-masing meningkat 160 mata kepada RM238.00 dan RM238.00 segram.

Jun 2020 dan Julai 2020, masing-masing menambah 159 mata kepada RM238.15 dan RM238.20 segram.

Jumlah dagangan mingguan sebanyak satu lot bernilai RM23,800 daripada enam lot bernilai RM139,680 pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka susut kepada 126 kontrak daripada 128 kontrak pada Jumaat lalu. - Bernama

Menurut "Anna Golubova", Penyunting artikel untuk Kitco News.
Data ekonomi yang lebih buruk minggu ini nampaknya tidak menakutkan pasaran dan emas akhirnya naik lebih dari 2% pada minggu ini, walaupun terdapat kerugian harian pada hari Jumaat. Pada masa dan ketika ini, niaga hadapan emas Comex Jun diniagakan pada $ 1,736.00, turun 0.54% pada hari itu.

Rekod Harga Emas Spot Terkini 26 April 2020 (10:00pm)

Harga emas 9999 Oz: RM7,537.00
Harga emas 9999 Gram: RM242.34

Lihat Harga Buy Back Emas yang kami Offer di Website kami
https://www.buybackemas.my