Sejarah Bertukar Emas kepada Wang Fiat Pada Tahun 1933

Sejarah Emas
Perompakan paling terbesar secara HALAL pada tahun 1933.

Masih ingat dulu macam mana kes EMAS DIRAMPAS dan DIHARAMKAN secara berlesen. Masih ingat The Great Depression tahun 1930 di US ? Then apa yang Franklin Rooselvelt buat ? Aku ingatkan sejarah ni kerana sejarah mungkin berulang.

Game nya kalau kau nampak sama saja. Pada April 1933 Rooselvelt memaksa rakyat US supaya menyerahkan emas kepada Federal Reserve sebelum tarikh 1 May 1933. Atau dikenakan denda sebanyak $10,000 atau penjara 10 tahun atau kedua duanya sekali.

Rooselvelt


Masa tu bila rakyat serahkan 1 ounce emas kepada Federal Reserve, dia akan diberikan fiat money sebanyak 20.67 dollar je. Tak sampai setahun tetiba harga emas tu naik jadi 35 dollar per ounce.

Nampak tak game kat sini ?

Meaning masa dia ambil emas rakyat dulu dia kasi kertas bodoh yang modal berapa sen je tu just 20.67 dolar. Tetiba nak balik emas tu jadi 35 dollar per ounce. Sekarang 1 ounce emas berapa ? Agak2 nak tebus balik dengan 20 dollar tu dia layan tak ? Sorry brader harga sekarang 1 ounce emas sekarang USD 1445 dah. Nampak berapa penipuan kau dah kena ? .

Now game nya apa ? Dari fiat money kena tukar pulak kepada sistem e wallet. Dulu dari emas ada intrinsic value, then kau kena paksa serah emas, then kena pegang kertas fiat yang takdak intrinsic value tu. Now dari fiat ni kena pulak masuk ke sistem e wallet yang ghaib tu. Nampak ? Dari benda berharga kau pegang, terus jadi kertas buruk, terus takdak apa lagi kau pegang.

Sejarah Emas

 Emas ---> Fiat ---> Nothing Benda nya sama je. Lepas ni tetap akan ada paksaan tukar kepada e wallet supaya senang nak manage duit manusia. Duit di tangan mereka. Mereka akan buat akta yang sama supaya tiada lagi fiat digunakan semuanya alam maya. Nak print duit lagi senang tanpa pakai kos kertas lagi. Mereka berikan loan melalui alam maya just cetak melalui maya je, tapi kau nak bayar pada mereka kau takleh cetak macam dia.

Mereka control the money. Kau tak boleh buat sesuka hati melainkan dapat green light dari mereka. Seluruh ekonomi dunia mereka control. So nampak seronok game ni, siapa yang topup ke e wallet, diberinya cashback, discount, offer. Nampak untung kan ? Sebenarnya company e wallet ni adalah agent kepada beng, beng berada di belakang mereka. Bila company e wallet ni park duit kat beng ni dia dapat bunga, interests dari beng. Sebab tu lah memasing company berebut rebut nak kau park duit kat e wallet mereka memasing.
Kau bukan guna lagi pun duit tu, mereka tahu kau just peram je kat situ buat pekasam. Kalau pakai pun sikit je.

 Zaman kehancuran dah pun tiba. Thats y kau nampak harga barang terus mendaki, gaji ciput je, peluang kerja makin tipis, pekerja ramai dah dibuang. Semuanya kerana apa ? Of course kerana riba. So kalau yang masih buta tak nampak intrinsic value tu bebanyaklah kembali kepada fitrah. Rooselvelt yang kafir tu pun nampak intrinsic value yang ada pada emas ni. Sebab tu dia rampas emas dari rakyatnya sendiri.

 Kau pulak kata baik peram duit bebanyak untuk masa depan anak dan sebagainya. Aku bukan penjual emas, kau tak beli emas pun peduli apa aku, aku tak rugi pun. Cuma dalam tulisan ni aku nak suruh kau celik, jangan terus buta macam geng2 agamawan, geng hartaik, geng pencinta riba yang jahil bab riba ni. Aku bukan macam geng properties, bila kau tak masuk seminar dia, tak beli ebook dia, adoii dia rugi boleh demam sebulan nak bayar riba rumah, riba kereta lagi.

Credit By: Dari Facebook
Muhammad Ezral