Cara Kenal Emas Tulin Dan Emas Palsu (Part-2)

Menguji Ketumpatan Emas Menggunakan Air.

1. Masukkan emas kedalam bekas balang atau apa sahaja yang sudah di-isi air.
Carikan bekas yang besar (sebesar balang) untuk menampung air secukupnya, suhu air tidak penting. Emas tulin atau emas 100% ketulinan adalah emas yang tumpat tiada tersimpan angin walau 0.01% sekalipun, bila emas dicelup dalam air ianya akan mudah tenggelam sampai ke dasarnya.
Jika peratus emas rendah maka, maka emas tersebut akan terapung setengah mengikut kiraan logam campuran yang ada pada emas tersebut.




Emas tulin tidak berkarat jika kena apa-apa air, termasuk la air laut. ianya tidak mudah berkarat, jika berlaku perubahan warna atau berkarat, maka ianya bukan emas.

 2. Menguji Ketulinan emas menggunakan Magnet.
Pengujian ini anda memerlukan magnet yang kuat untuk menarik logam. Gerakkan emas diatas pemukaan magnet, rasakan daya tarikannya. Emas tulin tidak mengandungi apa-apa logam termasuk magnet. Peratus ketulinan emas tergantung pada tarikan magnet, makin kuat tarikannya maka, makin banyak campuran logam lain dalam emas tersebut.

3. Gores Emas Pada Permukkan Yang Kasar.
Pastikan permukaan yang tidak terlalu kasar, jika terlalu kasar goresan memakan banyak, hanya sedikit goresan yang kita perlukan.

Jika emas 100% ketulinan:

  • Mudah digores, tidak terlalu susah menekanya.
  • Warna goresan akan berubah mengikut peratusan ketulinan emas ianya lebih kepada kehijauan.


Menguji Ketumpatan emas menggunakan Density Meter.

Teknik ini digunakan secara komersial disemua firma pajak gadai, sama ada pajak gadai confessional ataupun pajak gadai Ar-rahnu.

1. Gunakan penimbang digital apa sahaja yang masih lagi accurate. Kemudian timbang emas anda dan catat jumlah berat yang dapat.

2. Isi air dalam tabung sekurangnya 3/4. Pastikan tabung atau bekas yang anda gunakan mampu memuatkan barang emas. Kemudian letakkan air yang tersdia diatas penimbang. kosongkan angka digital tekan "TARE". kebanyakan timbang Digital mempunyanyi tombol Tare

3. Masukkan emas kedalam tabung atau bekas yang sudah di-isi air. Pastikan emas tersebut tidak hendap kepada dasar air. gantung emas dengan sesuatu. Catatkan nilai berat.

4.Cara mengiranya sangat senang. Sebagai contoh:
  • Berat Barang: 3.5gram
  • Berat Barang setelah dimasukkan dalam Air: 0.3 mililiter.

Perkiraannya: 3.5g / 0.3 =11.66

Density Meter Calculate Table
Gold Karat Gold Percentage Content Density Range
24 Karat 99.9% / 100 999 19.13 - 19.51
23 Karat 95.5% / 100 950 18.40 - 19.00
22 Karat 91.6% / 100 916 17.45 - 18.24
20 Karat 83.4% / 100 835 16.03 - 17.11
18 Karat 75.0% / 100 750 14.84 - 16.12
14 Karat 58.5% / 100 585 12.91 - 14.44
10 Karat 4.17% / 100 Suasa 11.42 - 13.09

Lihat Offer Harga Buy Back di HomePage