Harga Buy Back Emas Semasa di Malaysia 2020

CoronaVirus with Gold Price
Harga Buy Back Emas di Malaysia pada tahun 2020 memberikan harapan yang tinggi kepada kita, khususnya bagi mereka pengumpul barang emas. Harga Buy Back Emas naik begitu drastik diawal tahun 2020, ekoran dagangan negara-negara kuasa besar merosot disebabkan CoronaVirus (COVID-19) yang belum ada titik noktah penghujungnya.

Diakhir tahun 2019 ekonomi dunia sedikit merosot, akibat pergolakan Hongkong dengan tanah besar China, namun ianya tenggelam dengan issue CoronaVirus (COVID-19). Ianya memberi tekanan hebat pada harga emas di tahun 2020.

Penganalisa Ekonomi Dunia "Jennifer McKeown" berkata; Harga emas berkemungkinan besar melonjak lebih tinggi seperti "Black Swan" di China atau tempat-tempat lain didunia dikarnakan Virus tersebut.

"Peristiwa sedemikian adalah, dengan definisi, sukar untuk diramal, tetapi kita boleh memikirkan beberapa kemungkinan. Kami telah lama memberi amaran mengenai risiko kepada sektor harta China, yang berkaitan terutamanya dengan tahap hutang yang tinggi. Penjualan telah berhenti dan jika mereka gagal untuk memulihkannya, tekanan yang terhasil kepada firma harta boleh mencetuskan gelombang panik, "kata ahli ekonomi pada hari Jumaat. dalam Kitco New

Harga Buy Back Emas di Malaysia

Jualan emas kini sedikit meningkat di Malaysia, ianya tidak lain dan tidak bukan, hanya faktor kenaikan harga sahaja yang merubah difinasi peminkiran orang ramai untuk menjual emas. Minggu ke tiga bulan February 2020 harga emas masih kekal pada kedudukan yang seimbang, masih kekal pada kenaikan yang tertinggi.

Harga Emas 999.9 Retails Market Malaysia: (17 Feb 2020 11:00pm) 

Harga Kami Jual 999.9: RM212.98/g 
Harga Kami Beli 999.9: RM207.25/g 
Harga Per Tael: RM7,985.00 
Harga Sell MKS: RM211.26/g 
Harga Ar-rahnu: RM230.71/g


Kenapa Harga Emas Mendadak Naik.

Harga emas naik mendadak di pertengahan bulan june 2019. Boleh dikatakan ini adalah harga emas yang paling tinggi yang pernah direkodkan dalam 2 tahun ini. Punca kenaikan adalah kerana beberapa faktor geopolitik dunia dimana Presiden Amerika Donald Trump baru-baru ini mengeluarkan kenyataan yang bahwa kes Senjata Nuklear Iran akan dibincangkan semula. Dan beberapa peristiwa lain yang dikaitkan anatara China dan Amerika.

Harga Emas Vs US Dolar.

Pasaran Harga emas dunia sentiasa berlawanan (crossfit) dengan matawang Dolar ianya tidak pernah seimbang, apa bila USD lemah harga emas menujukan crossfit-up, dan begitu juga sebaliknya.

Market Mempengaruhi Harga Emas.

Harga Emas akan aktif bila berlakunya pasaran saham semasa dikejutkan dengan ekonomi dunia, seperti nilai jualan atau nilai kapita sesebuah negara merundum atau stok market yang tidak menentu. Ianya akan memberikan inpak yang ketara pada harga emas semasa. Selalunya, jika sesebuah negara bergejolak dengan issue-issue peperangan, masalah domestik, pasaran kapita lemah dan lain-lain issue harga emas akan mula melonjak aktif

Bila Masa Yang Sesuai Membeli Emas?

Analisa yang paling subjektif, bermacam-macam analisa yang kita dapati daripada news web. kebanyakan analisa berpadukan pada issue-issue semasa yang boleh bertahan hanya sehari dua. Nilai penurunan juga memainkan peranan penting dalam usaha mendapatkan harga yang setimpal.Saranan kami, anda dinasehatkan supaya monitor Harga Emas setiap hari dan lagi satu pelajari issue-issue semasa tentang ekonomi dunia.

Bila Masa Yang Sesuai Menjual Emas?

Tergantung pada harga asal, jika nilai emas anda dapat profit daripada harga belian asal itu tandanya nilai emas anda sudah melangkaui paras harga asal. Tergantung pada sifat atau nafsu anda masing-masing sama ada anda nakkan untung sedikit atau anda nak untung banyak.

Emas merupakan pelaburan masa jangka panjang. namun emas merupakan satu aset yang paling strategik untuk disimpan dan dalam masa yang sama boleh dipakai jika barang kemas. Pelaburan yang bijak memerlukan ilmu yang mencukupi untuk bersaing dalam pasaran yang aktif.

Follow Harga Buy Back Terkini di Website Kami setiap Hari Disini
Follow Personal Facebook Kami Disini
Follow Fan Page Kami Disini.