Harga emas kenaikan yang tertinggi di bulan April 2020

Harga emas 2020
Harga emas melonjak sangat drastik di bulan April 2020, ini disebabkan pengukuhan atau merangsangkan ekonomi Amerika yang mula goyah disebabkan Covid-19,dengan itu meningkatkan permintaan sebagai aset pelaburan yang selamat.


Bersarkan data Bloomberg, pada penutupan (close market) pada hari khamis 4 April 2020 harga dagang emas untuk dagangan jun 2020 pada Comex Exchange bertambah 4.07 peratus kepada $1,752.8 per troy auns, menjadikan harga penutupan yang tertinggi sejak Oktober 2012. Minggu ini sahaja harga emas naik 6.5 peratus.

Sementara itu, harga spot gold pada kadar $1,700 per troy auns. Harga open pada hari jumaat 10 April 2020 pada jam 12.52am harga spot gold jatus 0.35 peratus kepada $1,689.7 per troy auns, menurut "Market.Busines.com"

Pada hari isnin pula 13 April 2020 pada jam 5.20pm harga emas Comex Exchange meningkat 0.55 peratus atau 9.7 mata menjadikan $1.743.5 per troy auns. Harga spot gold turun 0.7 peratus bersamaan 11.82 mata iaitu $1,684.8 per troy auns.

Sementara itu, jurang antara harga Spot gold harga yang masih tinggi, ini adalah isyarat bahawa kebimbangan pasaran tentang bekalan emas fizikal pada masa akan datang semakin meningkat.

Analisa harga emas oleh Satandard Chartered Plc Suku Cooper; mengatakan harga emas naik disebabkan kelembapan ekonomi Dunia.

Sedangkan Berita yang kami petik daripada "Kitco News" Pasaran saham Global kebanyakannya lebih tinggi dalam dagangan semalam. Indexs saham Amerika kearah pembukaan yang lebih tinggi ketika sesi hari New York bermula (New York Day Session Begins). Semakin banyaknya usaha yang mereka tumpukan untuk kekangan wabak Covid-19 di Amerika dan Eropah, maka harga emas akan terus melonjak. Gabenor New York, Cuomo berkata pada hari isnin Wabak Covid-19 yang terburuk di Amerika.

Pegawai kesihatan A.S. yang terkemuka kini berkata ekonomi terbesar di dunia itu kemungkinan besar akan mula dibuka semula secara berperingkat bermula pada bulan Mei depan.

Harga emas Spot yang kami Rekod ketika Artikel ini di tulis:

Harga spot USD $1,738.12 troy auns (-6.67 mata atau daripada harga sebelumnya $1,745.86 troy auns).
Harga spot MYR 7,529.98 troy auns (+100.89 mata atau daripada harga sebelumnya RM7,596.87.86 troy auns).

Untuk harga emas fizikal di Malaysia anda boleh lihat di Home Page website kami