Harga Emas Mula Menjunam di Musim Perayaan

Harga Emas Mula Menjunam

Harga Emas dilihat agak melemah dalam 2 hari ini iaitu selepas musim perayaan, tepatnya kejatuhan bermula pada hari raya ke tiga. Bulan lalu harga emas terus agresif kenaikannya sehingga tidak ada siapa yang jangka kenaikan mendadak yang sangat drastik dalam sejarah kenaikan harga emas.


Menurut Sidan Lembaga Persidangan di A.S mengatakan bahwa harga emas jatuh disebabkan kenyakinan pelabur mula goyah disebabkan ke tidak tentuan ekonomi global. Kuasa jual lebih tinggi berbanding dengan kuasa beli. Keyakinan penguna jatuh ke tahap 86.6 mata berbanding April pada tahap 85.7 mata. Menurut berita yang kami disunting daripada Kitco News

Kenapa Harga Emas Boleh Turun
Ini lumrah dalam pasaran yang bergantung pada demand jika permintaan tinggi harga akan terus melonjak, jika permintaan berkurangan harga akan terus menjunam. Dengan situasi semasa, bukan skedar di Malaysia bahkan diseluruh dunia ekonomi tengah tenat. Setiap keluarga mengalami tekanan ekonomi yang tidak menentu.

Setiap daripada kita harus ada plaining kehadapan, kita kena berfikir secara negatif terlebih dahulu kalau kita bercerita benda yang kita tak tahu dikemudian hari. Kita harus ada persediaan untuk ekonomi kita. Simpan emas sebanyak yang mungkin jika ada kemampuan, emas satu aset yang paling senang untuk dicairkan, berbanding dengan aset-aset yang lain. Kita kena beranggapan yang Dunia ini hari ini tidak seindah seperti hari semalam, bermaksud hari demi hari Dunia semakin tenat, tidak ada harapan untuk pulih seperti sediakala.

Harga Emas Dikawal Oleh Elit Global
Seperti emas juga, bukan bermakna ianya satu aset yang terjamin 100% sebab harga kawalan bukan kita yang tentukan, ada banyak konspirasi dalam menuntukan setiap naik turun harga emas sebenarnya. Sebagai contoh. Hari ini Elit Global ada hura-hura menyatakan  wang Digital akan di perkenalkan tidak lama lagi. Ini bermaksud emas bukan lagi sandaran matawang, ada yang berkata sebenarnya mereka sudah lama tidak sandarkan matawang pada emas, mereka sudah lama print wang kertas sesuka hati mereka, khususnya wang kertas USD. Kesimpulannya kita kena berhati-hati dengan permainan Elit Global ini.

Kita tidak akan terlepas daripada permainan kotor mereka, selagi kita masih lagi hidup dibawah kekuasaan mereka, cara mereka, system mereka selagi itu la kita terbeban dan terjerat dengan segala hutang piutang. Kita juga tidak boleh sewenang-wenangnya mencipta matawang kita iaitu Dinar dan dirham. Golongan Elit Global tidak akan pernah bersetuju sebab kita menutup periuk nasi mereka. Walaupun tidak secara langsung mereka yang menghalang kita, tetapi Bank-Bank dibawah penyelia mereka yang akan menghalang kita. Contohnya kalau di Malaysia Bank Negara Malaysia yang akan menghalang kita.

Apa Solusi Kita?
Fast Solution memang kita tidak ada, tetapi kita boleh memberi kesedaran sedikit demi sedikit kepada orang ramai diluar sana. Ingatkan mereka tentang janji Allah, nak dapat rahmat Allah senang je kita kena kembali kepada Agama fitrah kita iaitu Islam yang sebenar-benarnya. Jauhkan diri daripada Riba, Jangan kita lena dalam Riba. itu jelas disebut dalam Al-quran. Kita sudah diajarkan daripada kecil jika ingin belajar tinggi masuk Univesity kena ambik hutang Riba, beli rumah pakai loan Riba Bank, beli kereta pakai loan Riba Bank. Senang cerita kiri kanan kita masih bergelumung dalam Riba.  Ingat! rahmat Allah tidak akan turun selagi kita masih lagi mengikut system Mr. D.

Kalau nak Allah tolong kita, mula dari sekarang jauhi la apa yang Allah larang. Insyaallah lain-lain masalah Allah bagi senang.

Follow Harga Liverate Buy Back di Website kami setiap hari
Follow personal Facebook / Page Kami
Jangan lupa Subscribe Channel Youtube kami.