Harga Emas 916 di Malaysia Terus Melonjak

Harga Emas 916
Tumpuan orang ramai kini banyak tertumpu pada Harga Emas 916, ramai yang mencari Harga Emas 916 di Malaysia mengikut carian di Google Search. Ini bermaksud orang ramai mula peka dengan Harga Emas semasa.


Kini harga emas dikatakan tidak masuk akal kenaikannya yang begitu drastik, bahkan ada ramai yang mengeluh, mereka kebanyakkannya rasa kecewa sebab sebelum harga emas naik melambung mereka tidak membelinya terlebih dahulu. Harga Emas 916 di Malaysia Terus Melonjak harganya berkemungkinan besar tidak akan turun seperti sedia kala, seperti harga tahun lepas.

Penularan COVID-19 mencetuskan panik dalam kalangan pelabur dari masa ke semasa, selain daripada aktiviti perlombongan yang terhenti ekoran langkah kawalan pergerakan di seluruh dunia mengehadkan bekalan.

Ketua Perbendaharaan Ace Innovate Asia Bhd, Liew Kim Fung, berkata jangkaan lonjakan harga dijangka berlaku di tengah-tengah kelemahan permintaan logam berharga itu di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Beliau berkata, momentum positif harga emas juga dipacu krisis kesihatan akibat pandemik itu yang mencetuskan penutupan operasi pengeluaran oleh pengeksport utama memandangkan industri emas bukannya barangan penting semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) atau perintah berkurung.

Harga Emas 916 di Malaysia:

Emas 999.9 (Gold Bar) RM275.08/g 
Emas 916 (Jewelery) RM265.00/g

Harga Emas Supplier Malaysia:

Emas 999.9 (Gold Bar) RM248.08/g 
Emas 916 (Jewelery) RM245.00/g 

Harga diatas belum termasuk harga Premium

Bila Masa Yang Sesuai Membeli Emas?

Analisa yang paling subjektif, bermacam-macam analisa yang kita dapati daripada news web. kebanyakan analisa berpadukan pada issue-issue semasa yang boleh bertahan hanya sehari dua. Nilai penurunan juga memainkan peranan penting dalam usaha mendapatkan harga yang setimpal.Saranan kami, anda dinasehatkan supaya monitor Harga Emas setiap hari dan lagi satu pelajari issue-issue semasa tentang ekonomi dunia.

Bila Masa Yang Sesuai Menjual Emas?

Tergantung pada harga asal, jika nilai emas anda dapat profit daripada harga belian asal itu tandanya nilai emas anda sudah melangkaui paras harga asal. Tergantung pada sifat atau nafsu anda masing-masing sama ada anda nakkan untung sedikit atau anda nak untung banyak. Emas merupakan pelaburan masa jangka panjang. namun emas merupakan satu aset yang paling strategik untuk disimpan dan dalam masa yang sama boleh dipakai jika barang kemas. Pelaburan yang bijak memerlukan ilmu yang mencukupi untuk bersaing dalam pasaran yang aktif.

Lihat Harga Buy Back Emas terkini di Website Kami 
Follow Personal / Page Facebook Kami 
Jangan Lupa Subscribe Channel Youtube Kami