Trump Positif Covid-19 Harga Emas Naik Melonjak

harga emas



Harga emas kembali melonjak pada hari jumaat susulan berita yang mengejutkan tentang laporan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump disahkan positif COVID-19.

Dilaman social rasmi Trump turut mengesahkan bahwa beliau dan isteri Malania Trump positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan dan akan mula dikuarantin.

Pasaran memberi reaksi terhadap issue tersebut dan dilihat harga emas melonjak berikutan pelaburan kembali beralih ke aset pelaburan yang lebih selamat ekoran kebimbangan terhadap isu tersebut.

Pada carta harga XAU/USD, sesi asia melihat harga turun dibawah paras $1900 sehingga ke paras $1890. Namun, harga kembali melonjak semula diatas paras $1900 susulan berita Trump disahkan positif COVID-19.

Dagangan yang bersambung di sesi eropah masih melihat momentum lonjakan harga emas dengan jangkaan harga emas akan turut meningkat berbanding US Dolar.

Kenaikan harga emas pad carta XAU/USD dijangka akan menuju paras $1838 yang merupakan zon SBR (support become resistance)

Namun, harga berpotensi untuk membuat penurunan semula jika Us dolar kembali mengukuh. Pengukuhan US dolar akan mempengaruhi oleh laporan data pekerjaan NFP AS yang diterbitkan di awal sesi New York Times.

Jika harga kembali turun, paras $1900 akan kembali diuji diuji untuk harga teruskan penurunan keparas lebih rendah semula.

Zon RBS (resistance become support) $1875 akan menjadi tumpuan sebelum harga menuju pula ke zon support $1850

Follow harga Buy Back Emas di website kami setiap hari DISINI