Kita disuruh simpan kertas, AS simpan emas

AS simpan emas

Hakikat yang kita perlu tahu, dalam sistem kewangan antarabangsa, lebih 50% rizab bank-bank pusat seluruh dunia ialah matawang US Dollar, sedangkan US sendiri adalah penyimpan emas terbesar dunia!

Maksudnya, kita simpan KERTAS, tetapi US simpan EMAS! Nampak tak siapa lebih cerdik?

Persoalannya, bagaimana US boleh jadi penyimpan emas terbesar dunia?

Bila kita mengkaji sejarah, jawapannya dunia KENA TIPU dengan US selepas US memutuskan hubungan US Dollar dengan emas pada 1971.

Sebelum 1971 (sejak 1944), setiap USD35 nak dicetak, US perlu ada backup emas seberat 1 oz (31.1 gram).

Duit kertas yang dikeluarkan oleh US itu adalah VOUCHER mewakili emas. Kertas itu boleh digunakan untuk tebus semula emas dalam simpanan US.

Maka selepas perjanjian Bretton Wood 1944 yang diwakili oleh 44 negara dunia bersetuju menjadikan US Dollar sebagai RIZAB NEGARA menggantikan emas.

Waktu itulah, bermulanya emas mengalir masuk dengan banyak ke dalam simpanan US untuk ditukarkan dengan KERTAS US Dollar.

Tetapi lepas berlaku peperangan yang panjang (berbelas tahun) dengan Vietnam, US sudah kehabisan duit.

Nak cetak duit, perlu ada emas. Jadi apa yang US buat?


Putuskan terus hubungan US Dollar dengan emas!

Maka US boleh cetak duit sesuka hati. Dan sejak tahun 1971, dunia membeli KERTAS US Dollar dengan tukaran ganti hasil kekayaan masing-masing.

Duit kertas US Dollar sejak itu dikeluarkan 𝗢𝗨𝗧 𝗢𝗙 𝗡𝗢𝗧𝗛𝗜𝗡𝗚! Ia tidak lagi dibackup oleh apa-apa aset fizikal.

Menurut Prof Kameel Meera UIA, itulah rahsia kenapa US KAYA DAN BERKUASA. US Dollar itulah nyawa US yang sebenar.

Mana-mana negara yang mahu membunuh US Dollar, akan terima nasib seperti Iraq dan Libya!

Bila saya memahami sejarah ini, saya berpegang pada nasihat Tuan Azizi Ali (Pakar Kewangan, bukan ejen emas ya), dalam apa juga keadaan ekonomi, at least 5% - 10% dari kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk EMAS sebagai 'insuran' dari bencana sistem kewangan.

Sejarah membuktikan, pasti akan tiba waktunya duit kertas akan hilang nilainya 100%.

Tak ada ragu-ragu lagi. Cuma waktu sahaja yang kita tak pasti.

P/s - harap-harap tak berlaku sewaktu kita hidup... 

 Kredit Tuan Khaja Nazimudeen